Latar belakang
Pusat Sumber di Angkasapuri telah ditubuhkan pada tahun 1950 dan dikenali sebagai Perpustakaan Penyelidikan. Pada tahun 1996 namanya telah ditukar kepada Pusat Sumber Maklumat. Kemudian pada tahun 2003 ia menggunakan nama Pusat Sumber sahaja.
Sehingga 9 April 2009, berikutan dengan penstrukturan semula kabinet selaras dengan perlantikan YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Ke-6 pada 3 April 2009, tiga portfolio kementerian iaitu Kementerian Penerangan (MOI), Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) telah digabungkan sebagai satu kementerian yang dinamakan sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan atau KPKK. Ia merangkumi tiga sektor utama iaitu Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Ekoran dari penstrukturan semula KPKK, mulai Jun 2009 Pusat Sumber (Sektor Penerangan) di Angkasapuri telah diarahkan untuk bergabung dengan Pusat Sumber (Sektor Kebudayaan) di Bangunan Sultan Abdul Samad (KomSAS) mengikut fungsi. Kini kedua-dua Pusat Sumber ini dikenali sebagai Pusat Sumber KPKK. Terletak di dua lokasi yang berbeza, Pusat Sumber KPKK (Putrajaya) mempunyai koleksi bahan berkaitan bidang penyiaran, perfileman, industri muzik tempatan dan bidang-bidang berkaitan manakala Pusat Sumber KPKK (KomSAS) mempunyai koleksi di bidang terasnya iaitu mengenai kebudayaan, kesenian dan warisan.
Moto
Pusat Maklumat Setempat (One Stop Information Centre)
Misi
Memupuk dan membina pegawai-pegawai kementerian yang berilmu dan berpengetahuan bagi membolehkan mereka membuat keputusan terbaik serta menjalankan tugas ke taraf professional.
Objektif
Memenuhi keperluan maklumat warga kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya dengan menyediakan perkhidmatan tambah nilai maklumat melalui proses penilaian, penganalisaan, pengolahan, pempakejan dan pemasaran maklumat ke arah mengwujudkan komuniti kementerian yang bermaklumat dan berpengetahuan.
Fungsi
1. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan semua pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya melalui pembacaan, penyelidikan dan rujukan.
2. Menjadi pusat bagi mengumpul, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat mengenai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.
3. Sebagai pusat kecemerlangan maklumat dalam industri penyiaran, perfileman dan muzik tempatan
Piagam Pelanggan
Setiap bahan yang siap diproses boleh diakses dan dirujuk oleh pembaca dalam tempoh
1 jam
Menjawab pertanyaan penyelidikan dalam tempoh 48 jam
Keupayaan mengakses Portal Pusat Sumber 24 jam